pelamin di Brunei

sewaan pelamin di Brunei

"Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum pembuka kata
Awal Bismilah pembuka bicara"

Saya adalah 'Founder Of Whitepearl Bridal' dan kini di kenali dengan nama baru 'Whitepearl Wedding. Whitepearl Wedding ini memulakan perniagaan berhubung dengan persiapan perkahwinan pada 13hb Nov 2013 yang lalu. Kami memulakan perniagan ini bermula dengan menerima tempahan gubahan hantaran pada ketika itu, dan mula beralih menerima tempahan sewaan pelamin selepas 2 bulan menerima tempahan gubahan hantaran. Perancangan memulakan perniagaan dalam bidang perkahwinan ini telah lama saya simpan atas dasar belum cukup  mengetahui dimana hendak memulakan perniagaan ini dan lagi pada ketika itu saya maseh lagi berkhidmat bersama Kerajaan Negara Brunei Darussalam sebagai anggota Pasukan Polis DiRaja Brunei. Saya telahpun menamatkaan perkhidmatan sebagai anggota Pasukan Polis Diraja Brunei pada tahun lalu iaitu 2018. Pihak kami menjalankan prniagaan ini genap 7 tahun pada 13hb Nov 2019. Di sini saya ingin menyatakan memang sukar untuk membuat dua jenis pekerjaan di dalam satu masa tambahan lagi saya pada ketika itu berkidmat bersama kerajaan Negara Brunei Darussalam, dan di sini saya di bantu oleh rakan saya yang mana beliau banyak membantu di dalam menjalankan pernigaan ini. Saya memulakan perniagaan ini dengan hanya menggunakan wang yang sedikit sahaja akan tetapi saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana melancarkan urusan saya pada ketika itu. Memang dari segi luaran kalau kita hendak menjalankan satu perniagaan kita mestilah mempunyai keewangan yang mencukupi tetapi bagi saya jika ada usaha yang gigih, kreatif di dalam diri anda tambahan lagi anda berminat untuk mejalankan jenis perniagaan yang anda kehendaki Inshallah semuanya akan mendatangkan hasilnya. Memang banyak pahit dan manis didalam menjalankan perniagaan. Semasa saya berkhidmat dibawah Pasukan Polis Diraja Brunei saya menjalankan tugas-tugas seperti menyampaikan taklimat ke Sekolah-sekolah, Menyampaikan taklimat terhadap penduduk kampong, menjalankan rutin harian sebagai anggota Pasukan, berhadapan bersama orang ramai dan sebagainya, banyak perbezaan semasa bertugas dengan menjalankan perniagaan sendiri. Bagi saya menjalankan perniagaan sendiri banyak cabaran yang harus dilalui semua aspek perlu di titik beratkan. Dengan ada pengalaman saya semasa bertugas sedikit sebanyak boleh mengajar saya cara berhadapan dengan orang ramai.

Tujuan memulakan perniagan ini adalah bagi membantu kepada pasangan pengantin yang menghadapi masalah untuk membuat persiapan majlis dan dari segi lain nya saya ingin menjana pendapatan daripada perniagaan ini dan lagi saya adalah seorang yang amat berminat berhubung dengan perniagaan mungkin pengaruh daripada ahli keluarga dan sanak saudara yang mana mejurus kepada ahli perniagaan.

Mungkin sampai disini saya cerita saya pada ketika ini dan saya akan menyambung pada hari yang seterusnya. Apa yang dinyatakan disini saya berharap pembaca-pembaca blog dapat sedikit sebanyak mengambil tips yang berguna daripada cerita ini, tidak salah jika sekiranya kita mengikut untuk kebaikan dan berkongsi cerita ini juga adalah usaha kita untuk memajukan diri masing-masing seperti perpatah yang saya sering gunakan ' jika sekiranya meja besar diangkat oleh 2 orang sahaja ianya memang berat akan tetapi jika kita mengakat meja tersebut beramai-ramai ianya akan jadi ringan'


'Jalan-jalan mencari santan,
Santan dijumpa di kedai Mamu,
Pulanglah sayang pulanglah intan,
Pulangnya anda membawa ilmu'


founder of Whitepeaerl Wedding

Comments

Popular posts from this blog

sewa pelamin murah brunei

sewa pelamin murah brunei

sewabajupengantinmurah