pelamin di Brunei
sewaan pelamin di Brunei "Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum pembuka kata Awal Bismilah pembuka bicara" Saya adalah 'Founder Of Whitepearl Bridal' dan kini di kenali dengan nama baru 'Whitepearl Wedding. Whitepearl Wedding ini memulakan perniagaan berhubung dengan persiapan perkahwinan pada 13hb Nov 2013 yang lalu. Kami memulakan perniagan ini bermula dengan menerima tempahan gubahan hantaran pada ketika itu, dan mula beralih menerima tempahan sewaan pelamin selepas 2 bulan menerima tempahan gubahan hantaran. Perancangan memulakan perniagaan dalam bidang perkahwinan ini telah lama saya simpan atas dasar belum cukup mengetahui dimana hendak memulakan perniagaan ini dan lagi pada ketika itu saya maseh lagi berkhidmat bersama Kerajaan Negara Brunei Darussalam sebagai anggota Pasukan Polis DiRaja Brunei. Saya telahpun menamatkaan perkhidmatan sebagai anggota Pasukan Polis Diraja Brunei pada tahun lalu iaitu 2018...